Sunday, 13 December 2015

Nama: Ng Han Woon
No. Matrik: 239434
Entri: 1
HARI KEBANGSAAN- MALAYSIA

Menurut dewan bahasa dan pustaka, sehati bermaksud sepakat, bersatu hati dan seja sekata  manakala sejiwa bermaksud keadaan hubungan yang sangat bulat dan sepakat.  Apabila sehati sejiwa digabungkan adalah menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia.  Selain itu, sehati sejiwa juga merupakan budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta dalam apa jua kejayaan dan ringtangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia. 

Sehati sejiwa telah dipilih dan dijadikan oleh tema utama Hari Kebangsaan dan Hari Merdeka pada tahun 2015.  Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah melancarkan tema Merdeka 2015 tersebut semasa Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada 6 Jun 2015.  Tema sehati sejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan, dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. 

“Letakkanlah keyakinan… taruhlah harapan, bahawa… inilah kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita,” dikatakan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.  Justeru, kita perlulah memupuk perpaduan dengan kaum-kaum lain menjadi satu bangsa yang besar di Malaysia.  

No comments:

Post a Comment