Nama: Ng Han Woon
No. Matrik: 239434
Entri: 1
HARI KEBANGSAAN-
MALAYSIA
Menurut
dewan bahasa dan pustaka, sehati bermaksud sepakat, bersatu hati dan seja
sekata manakala sejiwa bermaksud keadaan
hubungan yang sangat bulat dan sepakat.
Apabila sehati sejiwa digabungkan adalah menggambarkan perpaduan,
kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia.
Selain itu, sehati sejiwa juga merupakan budaya seluruh rakyat Malaysia
yang berganding bahu dan bekerjasama serta dalam apa jua kejayaan dan
ringtangan yang berlaku di negara tercinta Malaysia.
Sehati sejiwa telah dipilih dan dijadikan oleh tema utama
Hari Kebangsaan dan Hari Merdeka pada tahun 2015. Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah melancarkan tema Merdeka 2015 tersebut
semasa Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka
pada 6 Jun 2015. Tema sehati sejiwa
dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan, dan
kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta.
“Letakkanlah
keyakinan… taruhlah harapan, bahawa… inilah kerajaan yang boleh dibergantung
harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita,” dikatakan oleh
Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru, kita perlulah memupuk perpaduan
dengan kaum-kaum lain menjadi satu bangsa yang besar di Malaysia.